baby_yonex

Sunday, 29 December 2013

Penghujung Tahun 2013. Selamat tinggal 2013!

Siapa sangkakan, hampir setengah tahun aku "puasa" mengupdate blog aku ni. Mnghilang sebentar untuk mengubat kekecewaan yang melanda sepanjang tahun 2013. Siapa sangka juga aku terpaksa 'extend' satu semester lagi utk pengajian ijazah aku atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Usai muhasabah diri selama beberapa bulan, Alhamdulillah aku kini sudah sembuh dari kekecewaan. Syukur pada-Mu.
Penghujung tahun 2013 ni aku berdoa agar di tahun baru nanti segala urusan aku dipermudahkan. Semoga tahun hadapan lebih baik dari tahun ini. Pelbagai dugaan yang telah aku tempuh. Semoga segala pengalaman pahit manis yang berlaku mengajar aku dan orang disekeliling aku menjadi teladan serta menjadi yang lebih baik.
Azam aku cuma mahu menjadi khalifah Allah yang sentiasa berusaha mengejar ilmu utk kebahagian di dunia dan di akhirat. Hijrah yang aku perlukan. Moga aku istiqomah selalu. Aku mohon doa restu kalian agar segala urusanku dipermudahkan. Senyum. Berfikiran positif dalam setiap situasi yang kita alami.

No comments:

Post a Comment