guess what? This year im turning to 25 years old! Oh my, time fly..
Motif? Saja sebagai pembuka bicara..
Terlalu banyak isu yang berlaku awal taun ni dan taun lepas. Yup, aku masih belajar lagi. Rakan2 y lain byk yang dh graduate tahun lepas. Tp aku, insyaAllah tahun ni akan bergraduat.
Doakan yang terbaik utk aku keh??
Terdengar suara2 sumbang orang kpg yang bertanya, "dh habis study?", 'bila nak kwen?", "umur dh 25 apasal xkeja lagi?".......well.......jawapan aku simple je.."Allah ada perancangan y lebih baik utk aku..mungkin sekarang rezeki aku belum sampai.." then aku senyum sampai ke telinga.. :))
Dalam hati, mendidih jugak la terpempam soalan cepumas. Tapi, aku xkesah la sangat.. Mak aku pun pernah pesan, kalau nak kawen, kawen dgn cara y baik, atas niat y suci, & bukan kerana sudah MELANJURKAN DIRI DGN RELA HATI..pastu tertanam pulak benih2 yang tidak SAH..yup.. aku memahami maksud Mak..dan ada sebab mengapa dia nasihat mcm tu. Alasan paling mudah, 'MULUT ORG NI SUSAH NAK TUTUP'..
Mak juga pernah cakap kat aku bila aku mengadu yang umur aku dh masuk 25 tahun tp masih jugak study..bila la aku nak kerja?? Mak cakap mcm nih, "sabar..ALLAH suka hamba-Nya yang byk bersabar. Allah ada perancangan y lebih baik utk kita..jadi, sabarlah..Nabi S.A.W pun pernah kata kan? Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad..Tak semestinya umur 25 kita wajib kerja sebab menuntut ilmu tu kan baik juga..esok lusa akan terbuka pintu rezeki utk kita..Mak tak kesah pun anak2 Mak blaja tinggi2..sebab tu adalah impian setiap ibu bapa utk melihat anak2 mereka berjaya"..
Makanya, aku terkesima..hahhaha! Apa-apa pun, Hello 2014!! Moga Allah redha..moga keluargaku aman & harmoni.. Tahun ni aku bakal mendapat kakak ipar baru! Moga segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan dengan izin-Nya.. :)))
